assalamualaikum,
lame benar dah tak menulis dekat
belog kesayangan mucuk mucuk kepam kepam. maaf. bukan sibuk, bukan jugak tak
mampu mencuri masa, cerita betul dia, kemalasan melebihi segalanya. mahu log in
blogger pon malas.
maaf sekali lagi.
so how's your ramadhan? its been
a great month for me. though, im gaining weight, but thats okay. ...........no,
its not okay actually. badan dah macam orang beranak lapan, padahal calon suami
pon tader. macam mane cerita die badan macam kene pam pon aku tak tahu mane
punca. jalan terakhir untuk masalah berat badan ialah, redha. nak exercise,
naik tangga turun tangga rumah pon dah mengah, mende nak bersukannya.
sekejap je dah selamat nak
sebulan berpuasa. pejam tak pejam, dah selamat setahun aku masuk degree in
legal studies. diam tak diam, dah selamat di email pon result tu. blegh. Old story.
next month dah boleh balik tongsan (rumah sewa bucuk bucuk), lepak dengan
hausmets yang perangai masing masing macam mintak tazkirah, dan pergi kelas,
belajar. bahagian last tu cerita bohong mintak simpati je sebenarnye. ehem
jadi macam mana persiapan raya
anda? aku punye baju raya dia buat drama sebabak. sepuluh kali pergi alter, sudahnya,
start kereta, pergi ampang park, ambik sehelai baju. done. first time pergi
tempah baju kurung, malang tak berbau cerita dia, terus cancel nak tempah dah
untuk tahun tahun yang akan datang. aku prefer beli siap,lantak.
Blogger yang lain semua siap post
resipi biskut raya, gambar instagram semua biskut biskut raya yang dibuat, post
using blackberry gambar gambar baju raya yada yada semua tu. Tapi semua tu
tidak berlaku dekat aku. Aku ehem mane ehem reti ehem masak ehem. So memang tade
la resipi gambar semua tu. Pasal baju pulak, long story cut short. Aku dah
cerita dekat perenggan atas ni ha. Nak tambah tragik, aku mane ade semua bende
iphone ke galaxy ke android ke ipad ke. Pad kotex aku ade la. Mane boleh buat
instagram bende alah tu.
Kalau dah sebut raya mesti la ada
drama nasional bermaaf-maafan kan? Aku ni gaya gaya macam manusia yang dosa
dia, berbakul banyaknya. Nak kata bangga diri dengan dosa sendiri, idok le. Tapi
nak kata rendah diri tak juga. Manusia. Kene sedar diri dosa yang kita banyak
tu. Aku kene mintak maaf kat banyak orang, tambah tambah dengan Tuhan yang
ciptakan aku. Allah swt. Dah hidup 20 tahun tapi diri masih tak sedar nak bersyukur.
Nasib baik tiap pagi bangun, masih ada nafas yang diberi. Masih ada ibu bapa
yang dikasihi. Masih ada ilmu untu dipelajari. Padahal semua tu kalau Dia nak
ambik balik sekejap je. Tuan punya blog yang tengah menulis ni, masih alpa lagi
dengan hidup dia. Tu baru sebut dosa dengan Allah, dosa dengan manusia sama
jugak berbakul banyak. Kadang kadang aku
ni, jenis mulut lepas, sikap kasar. Aku sakitkan hati orang bukan aku sedar.
Jadi, selaku umat islam, aku nak
mintak maaf awal awal kalau ade salah silap. Ade terlepas kata. Ade perbuatan
yang tak sedap pada pandangan orang lain. Aku pon same je, kadang kadang orang
dah tegur bukan aku nak ikut. Aku bantai pakai cara sendiri. So aku nak mintak maaf. Dekat sesiapa yang
aku pinjam duit tapi aku tak bayar lagi, kalau nak halalkan, terima kasih. Kalau
tak nak, bagitahu aku. Ada rezeki, aku langsaikan. Owh ekyn, hutang aku dengan
kau aku masih ingat. Jangan risau. Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai
hujung kaki, dari zahir dan juga batin. Selamat menamatkan ibadah puasa kita,
dan juga selamat hari raya.
Ps: malam raya, aku masih berada
di rawang. Tolong bersedih untuk aku sekarang.
KIRANA IS WISHING EVERYONE "SELAMAT HARI RAYA"