Friday, August 17, 2012

UCAPAN RAMADHAN YANG LAMBAT, UCAPAN RAYA YANG AWAL



assalamualaikum,

lame benar dah tak menulis dekat belog kesayangan mucuk mucuk kepam kepam. maaf. bukan sibuk, bukan jugak tak mampu mencuri masa, cerita betul dia, kemalasan melebihi segalanya. mahu log in blogger pon malas.

maaf sekali lagi.

so how's your ramadhan? its been a great month for me. though, im gaining weight, but thats okay. ...........no, its not okay actually. badan dah macam orang beranak lapan, padahal calon suami pon tader. macam mane cerita die badan macam kene pam pon aku tak tahu mane punca. jalan terakhir untuk masalah berat badan ialah, redha. nak exercise, naik tangga turun tangga rumah pon dah mengah, mende nak bersukannya.

sekejap je dah selamat nak sebulan berpuasa. pejam tak pejam, dah selamat setahun aku masuk degree in legal studies. diam tak diam, dah selamat di email pon result tu. blegh. Old story. next month dah boleh balik tongsan (rumah sewa bucuk bucuk), lepak dengan hausmets yang perangai masing masing macam mintak tazkirah, dan pergi kelas, belajar. bahagian last tu cerita bohong mintak simpati je sebenarnye. ehem
jadi macam mana persiapan raya anda? aku punye baju raya dia buat drama sebabak. sepuluh kali pergi alter, sudahnya, start kereta, pergi ampang park, ambik sehelai baju. done. first time pergi tempah baju kurung, malang tak berbau cerita dia, terus cancel nak tempah dah untuk tahun tahun yang akan datang. aku prefer beli siap,lantak.

Blogger yang lain semua siap post resipi biskut raya, gambar instagram semua biskut biskut raya yang dibuat, post using blackberry gambar gambar baju raya yada yada semua tu. Tapi semua tu tidak berlaku dekat aku. Aku ehem mane ehem reti ehem masak ehem. So memang tade la resipi gambar semua tu. Pasal baju pulak, long story cut short. Aku dah cerita dekat perenggan atas ni ha. Nak tambah tragik, aku mane ade semua bende iphone ke galaxy ke android ke ipad ke. Pad kotex aku ade la. Mane boleh buat instagram bende alah tu.

Kalau dah sebut raya mesti la ada drama nasional bermaaf-maafan kan? Aku ni gaya gaya macam manusia yang dosa dia, berbakul banyaknya. Nak kata bangga diri dengan dosa sendiri, idok le. Tapi nak kata rendah diri tak juga. Manusia. Kene sedar diri dosa yang kita banyak tu. Aku kene mintak maaf kat banyak orang, tambah tambah dengan Tuhan yang ciptakan aku. Allah swt. Dah hidup 20 tahun tapi diri masih tak sedar nak bersyukur. Nasib baik tiap pagi bangun, masih ada nafas yang diberi. Masih ada ibu bapa yang dikasihi. Masih ada ilmu untu dipelajari. Padahal semua tu kalau Dia nak ambik balik sekejap je. Tuan punya blog yang tengah menulis ni, masih alpa lagi dengan hidup dia. Tu baru sebut dosa dengan Allah, dosa dengan manusia sama jugak berbakul banyak.  Kadang kadang aku ni, jenis mulut lepas, sikap kasar. Aku sakitkan hati orang bukan aku sedar.

Jadi, selaku umat islam, aku nak mintak maaf awal awal kalau ade salah silap. Ade terlepas kata. Ade perbuatan yang tak sedap pada pandangan orang lain. Aku pon same je, kadang kadang orang dah tegur bukan aku nak ikut. Aku bantai pakai cara sendiri.  So aku nak mintak maaf. Dekat sesiapa yang aku pinjam duit tapi aku tak bayar lagi, kalau nak halalkan, terima kasih. Kalau tak nak, bagitahu aku. Ada rezeki, aku langsaikan. Owh ekyn, hutang aku dengan kau aku masih ingat. Jangan risau. Aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, dari zahir dan juga batin. Selamat menamatkan ibadah puasa kita, dan juga selamat hari raya.

Ps: malam raya, aku masih berada di rawang. Tolong bersedih untuk aku sekarang. 

KIRANA IS WISHING EVERYONE "SELAMAT HARI RAYA"

TERIMA KASIH DAUN KELADI,DAH BACE KOMEN LAH ENTRY

No comments: